Check out my Ebook & other Digital Products
Monday, August 13, 2012
Antara puasa yang paling best, tip cari pusat rawatan dan harapan..
Bulan puasa tahun ini adalah yang paling menyeronokkan dan membahagiakan berbanding puasa 1-2 tahun lalu. Apa tidaknya?
Syukur Alhamdulillah, mak aku sihat dan tidak sakit teruk seperti puasa tahun lepas. Dia sangat bertenaga dan berkobar-kobar didalam ibadahnya. Dia sangat teruja disetiap waktu solat dan tidak pernah tinggal amalan yang paling diminatinya nya iaitu membaca Al-Quran. Walaupun agak merangkak tetapi tidak sah kalau tidak membaca 2-4 mukasurat.
Bulan puasa tahun lepas amat menyedihkan. Aku jadi tidak tentu hala membawa mak aku mencari ikhtiar untuk merawat sakitnya. Memanglah, sakit fizikal biasa boleh dikenalpasti apa masalahnya, tapi jika melibatkan sakit yang tidak nampak? Bagaimana pula? Kelihatan badannya seperti sakit saraf, tetapi sakit sarafnya mengikut masa tertentu. Sedangkan jika seseorang itu mengalami masalah sakit saraf, ia akan berlanjutan seriap masa dan perlu mengambil ubat setiap hari bukan? Sepanjang bulan puasa itu aku selalu risau mencari cara bagaimana untuk mengurangkan sakit mak aku. Adalah tempat-tempat rawatan yang kami kunjungi tapi tidak begitu memberikan hasil sembuh yang dikehendaki. Aku faham yang menyembuhkan hanya ALLAH, tapi cara atau metod rawatan yang dicari mungkin tidak berjodoh dengan mak aku.
Sehinggalah baru-baru ini, aku dan mak aku mengunjungi rumah seorang Ustaz yang merupakan seorang pensyarah di sebuah institusi pengajian tinggi di Selangor. Setibanya dirumah Ustaz tersebut, kelihatan rumahnya agak comel juga. Ustaz itu berpewatakan menarik dan mempunyai aura yang sangat positif. Aku dapat merasakan tenaga positif yang terdapat didalam rumahnya. Bukan apa, oleh kerana pengalaman yang banyak dengan membawa mak aku untuk rawatan ke pelbagai perawat, aku seakan-akan mempunyai satu kelebihan iaitu dapat mengenalpasti tenaga yang terdapat disesebuah pusat rawatan itu, samada positif atau negatif. Tanda-tanda positif ialah apabila seakan-akan adanya udara segar didalam rumah, pencahayaan yang baik, tidak kelam dan tidak berasa berat hati. Manakala tanda-tanda negatif pula, rasa seakan-akan dada dicerut, sesak nafas dan kelam suasananya. Perkara pertama yang kita harus scan apabila ke tempat-tempat rawatan adalah muka siperawat. Jika muka siperawat membuatkan hati anda berasa tenang dan hati tidak berkata-kata, itulah perawat yang baik. Alhamdulillah, dengan cara rawatan Ustaz tersebut, Allah mengizinkan mak aku sihat. Sihat untuk beribadah, sihat untuk menjalankan aktiviti harian kesukaannya dan paling penting, sihat minda. Mak aku menjadi bersemangat dari sehari ke sehari.
Itulah yang menyebabkan aku dan adik-beradik aku sangat gembira dan bahagia. Aku sangat bersyukur untuk Ramadan yang indah tahun ini. Aku tidak putus-putus berdoa agar mak aku dan kami semua sentiasa sihat, dimurahkan rezeki dan bahagia dalam menjalankan kerja kami.
Ya Allah, jadikanlah kami hamba-hambaMU yang sentiasa bersyukur.
by Michael Rose 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment