Rasanya hampir 8 bulan tidak ke Brunei. Kali terakhir bulan November lalu. Rindu betul hendak kesana lagi memandangkan adik dan anak saudara tinggal disana. Selalunya setahun, 2-3 kali ke Brunei tapi tahun ini belum ada lagi kesempatan. Dengan Izin Allah, akan ke sana bulan October nanti.
Walaupun Brunei itu agak kecil, tetapi orang-orang tersayang yang berada disana membuatkan aku senang dan gembira bila bersiar-siar disana. Tempat membeli-belah tidaklah begitu besar, cukup sekadar memenuhi keperluan rakyat disana. Tetapi satu perkara yang aku perhatikan, kedai-kedai dan juga shopping mall bersaing secara sihat. Tidak ada sesiapa yang 'makan' bisnes sesiapa. Orang Brunei menyokong perniagaan sesiapa sahaja disana. Tidak ada kedai pilih kasih, tidak ada hanya satu kedai membolot semua bisnes. Semua jenis perniagaan menikmati bahagian masing-masing.
Satu lagi kebaikan disana ialah jarak antara satu tempat ke tempat yang lain hanyya mengambil masa 10-15 minit. Melainkan di kawasan Gadong yang mana terdapat The Mall disana. Walaupun kawasannya agak kecil, tetapi jangan terkejut kesesakannya mengalahkan Taipan USJ 10. Kenapa Taipan pula? Orang USJ tahu betapa 'legend' nya kawasan ini. Begitu jugak kawasan Gadong itu. Tempat yang best untuk bershopping juga adalah di Hua Ho Manggis, rindu nak makan di food court nya itu.
Tempat beriadah dan berjogging adalah di Tasik Lama. Aku menggemari kawasan itu kerana terdapat trek jogging yang berbukit-bukit dan luas. Suasana kehijauannya amat mendamaikan.
Kalau tempat makan, aku suka makan di restoran-restoran yang ada di Serusop. Nice place and nice food. Tetapi makanan di Brunei tidaklah sesedap makanan di Malaysia. Paling sedih tidak ada rojak mamak. Semasa aku berkerja hampir dua tahun disitu, aku selalu mengidamkan rojak mamak, sebab itulah bila pulang ke Malaysia, rojak mamak yang aku cari dulu. :)
Satu jenis makana yang aku rindu adalah kuih moci yang dijual di sebuah kedai makan yang agak terpencil di Rimba, tapi kuih dia memang best...tapi kedai itu telah berpindah tak tahu kemana.
Inyaalah bulan Oktober kesana nanti akan ku cari tempat-tempat makan dan jalan-jalan yang best disana.
saje suka-suka hendak bercerita...
By Michael Rose
No comments:
Post a Comment