Check out my Ebook & other Digital Products

Sunday, June 10, 2012

Tips khusyuk solat



jom sayang Allah..

Minda kita berfikir tentang pelbagai perkara ketika kita solat.

Kadang-kadang saya sendiri tertanya-tanya kenapa minda menjadi sangat aktif berfikir macam-macam masa solat. Oleh itu, saya cuba mencari jawapan bagaimana hendak kusyuk dalam solat dari bahan bacaan dan dari pemerhatian saya sendiri.
Yang berikut adalah beberapa cara yang boleh membuatkan kita lebih khusyuk. Tetapi, haruslah diingat bahawa setiap individu mempunyai cara masing-masing untuk kusyuk dalam solat. Jika anda dapati cara-cara dibawah ini berkesan, bolehlah diamalkan.



Sebelum solat

1.  Jarakkan masa selepas menonton atau membaca sesuatu.

Jika kita baru lepas baca buku atau menonton mana-mana rancagan tv, JARAKKAN masa dalam 10-15 minit sebelum kita solat. Jika kita terus solat selepas menonton tv, atau melayari internet...segala apa yang kita lihat dan baca tadi akan menerjah masuk kedalam minda kita semasa kita solat.
Tak percaya? Cuba buat.


2. Makan dulu

Jika kita telah menyiapkan atau membeli makanan, MAKAN DULU!
Jika tidak, pasti kita tertanya-tanya dan terbayang-bayang akan makanan tadi..


3. Sapu wangi-wangian

Pastikan wangian yang anda sapukan itu khusus untuk solat. Saya mula mempraktikkan kaedah ini beberapa bulan yang lalu dan saya perhatikan tahap kusyuk saya lebih baik. Haruman yang mengasyikkan akan menyebabkan anda memperlahankan sedikit pergerakan dan bacaan anda, seterusnya akan menambah kekusyukkan anda.


4. Petik suis FOKUS

Macammana? Bercakap dengan diri sendiri...' Aku nak solat, wahai minda dan hati mari kita fokuskan pada ALLAH'...



Semasa solat

5. Ingat makna penting

Memang mustahil untuk kita mengingati keseluruhan makna bacaan solat kit. Tetapi, kita boleh cuba mengingati makna-makna penting. Sebagai contoh dalam Al-Fatihah, kita boleh cuba ingat 2-3 perkataan penting dari setiap baris ayat.


6.Fokus Mata

Mata haruslah difokuskan pada tempat kita sujud. Mata tidak boleh meliar memandang ke kiri ke kanan. Jika kita fokus cukup lama, perkataan ayat-ayat bacaan solat akan terlihat di dalam minda.


7. Laju vs Perlahan

Kalau terlalu laju, pasti bacaan lintang pukang dan sebaik sahaja kita habis solat, pasti kita rasa seperti kita tidak solat kerana tidak langsung mengingati makna apa yang kita baca tadi. Oleh itu, cuba fahami apa kita baca, biarpun berulang-ulang, ia sebenarnya akan menambah kualiti kusyuk kita.



Ada juga keadaan dimana kadang-kadang kita fokus dan kusyuk di dua rakaat pertama, tiba-tiba di rakaat ketiga kita teringat tentang perlbagai perkara pula, bagaimana kita hendak mengembalikan kekusyukan kita?

1. Perlahankan bacaan;
2. Perlahankan pergerakan;
3. Cuba ingat makna bacaan;

Apabila kita sudah mula kusyuk kembali, kembalikan tempo solat kepada normal. Ingat, normal bermakna tidak laju dan tidak perlahan, tempo yang sedang elok.


Mari kita sama-sama cuba dan jika berkesan, bolehlah di kongsi bersama-sama keluarga dan kawan-kawan.


Selamat mencuba!!!!



by Michael Rose 2012





  



No comments:

Post a Comment