Check out my Ebook & other Digital Products

Saturday, June 2, 2012

Sambal Ayam dengan tomato ketchup

Versi sambal saya ini adalah untuk sesiapa yang alah kepada belacan. Sambal ini boleh disiapkan dengan cepat. Hidangan ini adalah untuk 4-6 orang.


Bahan (A) Di kisar bersama-sama.

Bawang merah 2 biji (saiz besar)
Bawang putih (4 ulas saiz sederhana)
Cili kering (segenggam atau lebih ikut suka. Di rebus sebentar. Jika mahukan yang lebih cepat, boleh guna cili boh atau cili giling yang sudah siap)

Bahan (B) Di gaulkan dengan serbuk kunyit dan sedikit garam dan di goreng.

Ayam (bahagian peha, sebabnya cepat dan tidak perlu dipotong2)

Bahan C
 Air asam jawa
Tomato sos (4 sudu besar atau ikut suka)
Serai (sedikit sahaja, ini kerana tidak mahu rasa serai menghilangkan rasa sambal dan tomato tadi)
Gula
Garam


Mari mulakan...


1. Bahan A di tumis dalam minyak sampai garing (4-5 sudu besar).
2. Masukkan sos tomato
3. Masukkan air asam jawa, satu sudu kecil dan disebatikan dalam air semangguk kecil
4. Masukkan serai
 5. Masukkan  ayam goreng tadi..
6. Tambah sedikit air, ikut suka.
7. Masukkan gula sedikit (satu sudu besar)
8. Masukkan garam
9. Biarkan masak dengan api sederhana besar. (10 minit  kurang lebih)
10. Bila minyak dah naik dan kuah menjadi sangat kemerah-merahan, tutup api dan hidangkan dengan nasi.

Sebelum makan ucapkanlah Bismillahirrahman nirrahim......


written by Michael Rose 2012



No comments:

Post a Comment