Thursday, April 12, 2012

Geli hatiku dengan e-filing

Setelah bersusah payah saya buat segala yang diperlukan untuk buat e-filing, setelah menelefon bertubi-tubi dan menunggu jawapan panggilan yang agak lama, barulah dapat bercakap dengan pegawai perkhidmatan.


Soalan saya kenapa saya tidak boleh mendaftar online walaupun saya sudah melakukan apa yang diperlukan?

Jawapan sangat mudah dan ringkas:
Sistem kami memang ada masalah, sila cuba petang pula.

Soalan saya: kalau harini tak boleh, macammana?

Jawapan yang saya kira sangat manja dan ringkas:
Cuba esok.

Saya tersenyum kaku.


Diibaratkan kita hendak buat kenduri dan menjemput 2000 orang, tapi makanan tak cukup dan bila orang tanya: kita jawab
Makanan memang tak cukup, kalau lapar baliklah...atau datang esok manalah tau ada makanan...

sebagai tetamu, apa perasaan anda?

Lain kali kalau nak adakan kenduri dan jemput beribu-ribu orang, siapkan makanan dan segala macam yang lain secukup-cukupnya, takut nanti orang mengata.




2 comments: