Check out my Ebook & other Digital Products

Monday, April 16, 2012

Senyuman yang paling manis adalah senyuman makcik cleaner di pejabatku..

Di pejabatku ada beberapa orang makcik cleaner yang bekerja, dalam setahun sudah 3 orang berganti. Kerja mereka setiap hari, menyapu dan mem-vakum, mengelap meja dan tingkap, mengutip sampah, membasuh pinggan dan cawan dan juga mencuci tandas.Tapi aku bukannya ingin mengupas tentang berapa orang makcik cleaner dan apa kerja mereka, tetapi yang aku ingin menceritakan ialah mereka mempunyai  satu persamaan yang mengagumkan.

Kesemua mereka kelihatan gembira dan bahagia hampir setiap hari aku mengenali mereka.

Aku suka menegur mereka bertanyakan khabar, dah makan ke belum, keluarga sihat ke apa ke..Ini kerana mereka mempunyai senyuman yang paling manis dipejabat aku itu. Senyuman yang aku fikir senyuman yang ikhlas. Memanglah bukan mudah untuk mendefinasikan senyuman ikhlas, tapi yang penting apabila menegur mereka aku juga merasa tempias kegembiraan dan kebahagiaan hati mereka.

Agaknya berapa gaji mereka ye, mungkin sekitar RM 600-RM 650, meskipun begitu kegembiraan yang terpancar dihati mereka seolah-olah mereka menerima gaji beribu-ribu lemon. Tapi yang menggelikan hati, ramai yang bergaji beribu-ribu lemon pun, punyalah payah hendak tersenyum. Agaknya muka pun sudah jadi semasam lemon...hehehe..

Apa yang aku pelajari dari makcik-makcik cleaner ini?

Yang pertama, orang yang murah dengan senyuman sentiasa bersyukur didalam hati. Walaupun gaji tak berapa sen, tapi bila hati gembira, terpancar sehingga berkilometer jauhnya kegembiraan itu.

Yang kedua, seronok di tempat kerja. Ya, aku sentiasa mengingatkan diri aku yang aku mempunyai pekerjaan idamanku sekarang, oleh itu aku sentiasa seronok apabila menjalankan kerja aku.

Yang ketiga, semakin tinggi karier atau profession seseorang itu, semakin dia lupa untuk senyum. Ini disebabkan di dalam kepala dan hati mereka dibebani dengan kerja yang amat dasyat) Nasib baik pangkat aku tidak setinggi orang lain kerana aku mampu untuk tersenyum riang setiap-hari...:) , eh aku terlupa...pensyarah mana ada pangkat, profession aku ni dikenali sebagai profession 'lone ranger' disebabkan kerja bersendirian dan tiada campur tangan dari pihak lain..hehehe


Kesimpulannya, tidak kira apa profession kita dipejabat, murah dengan senyuman adalah satu aset yang penting didalam menentukan kegembiraan kita setiap hari. Kita menghabiskan masa berjam-jam ditempat kerja, dibebani dengan pelbagai cabaran dan masalah untuk diselesaikan.

Senyuman adalah 'SURVIVAL' di tempat kerja, ini kerana apabila kira suka memberikan senyuman, kita sebenarnya menyinari hati kita dan hari orang lain.


Nah, oleh itu MARI SENYUM BERAMAI-RAMAI!


p/s: Ingat, haruslah senyum pada tempat dan keadaannya, kalau salah senyum nanti lain pula ceritanya...hehehe


Hakmilik Terpelihara Rosita Arman Michael Anniah









No comments:

Post a Comment